Penyertaan Ko-Nelayan Dalam Jelajah Jiwa SME 2026
JELAJAH JIWA SME 2026 | SURIA SABAH
KOTA KINABALU, 16 Ogos 2026 – Korporasi Kemajuan Perikanan Dan Nelayan Sabah (KO-NELAYAN) telah menyertai Pameran Jelajah Jiwa SME 2026 yang berlangsung pada 15 hingga 16 Ogos 2026 bertempat di Suria Sabah Shopping Mall, Kota Kinabalu.
Program tersebut telah berlangsung dengan jayanya dan turut diserikan dengan Majlis Perasmian serta sesi lawatan ke gerai pameran dan jualan Ko-Nelayan oleh YB Datuk Haji Ruslan Muharam, Pembantu Menteri I, Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI).
Penyertaan Ko-Nelayan dalam program ini merupakan salah satu platform bagi mengetengahkan pelbagai produk keluaran Ko-Nelayan serta produk usahawan tempatan, termasuk produk makanan berasaskan hasil laut, keropok, sambal, pes masakan dan pelbagai produk perusahaan tempatan yang lain.
Penganjuran program seumpama ini turut memberi ruang kepada usahawan tempatan untuk memperkenalkan produk, memperluas pasaran serta mengukuhkan jaringan bersama masyarakat dan pemain industri.
Ko-Nelayan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur, para pengunjung serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan menjayakan penyertaan Ko-Nelayan sepanjang Jelajah Jiwa SME 2026.
Sokongan berterusan terhadap produk tempatan merupakan pemangkin kepada pembangunan dan pengukuhan industri serta keusahawanan tempatan Sabah.
#konelayansabah
#ukkkonelayan
#jelajahkebundapur
#teammaffi
#Onsoi